Budak ‘Give Up’ Nak Solat Berjemaah Sebab Bacaan Ayah Terlalu Laju Ini Buat Ramai Terhibur
Terus buka telekung adik tu.
Aktiviti solat bersama-sama dengan anak merupakan suatu aktiviti yang harus dipupuk ketika mereka masih kecil
Solat bersama keluarga penting kerana waktu ini merupakan waktu yang sesuai untuk mengajar anak-anak cara untuk solat dengan tertib.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan rakaman adik-beradik ini merajuk dengan ayah ketika ingin solat telah mencuit hati ramai.
Lihat video penuh berkenaan di bawah:
Give up sampai buka telekung sebab merajuk bacaan ayah terlalu laju
Menerusi video yang dimuat naik oleh pemilik video yang bernama Farahanim, kelihatan anak-anaknya sedang menunaikan solat bersama ayah mereka.
Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah sewaktu mereka ingin menunaikan solat, mereka memarahi si ayah lalu merajuk dan tidak mahu menyambung semula solat mereka kerana bacaan yang terlalu laju.
Sebelum insiden itu terjadi, mereka bersemangat untuk solat berjemaah dengan menyusun sejadah milik mereka. Namun, mereka kecewa selepas si ayah mengusik dengan bacaan yang laju.
Lihat video itu sambungan di bawah:
"Daddy, you so fast! I don't want! Merajuk kuasa 2 weh, serentak" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen terhibur melihat gelagat adik-adik comel itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sebanyak 2.9M views dan 257.7K likes di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!