seismik

[VIDEO] Wanita Ini Terpanggil 'Yang' Depan Pengantin Perempuan Ini Buat Ramai Boleh Relate

Risau orang salah faham je.

Cover image via @nuralissamaria (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap ahli keluarga pasti akan ada panggilan manjanya yang tersendiri

Antara panggilan yang kita sering dengar seperti 'baby', 'manja', 'yang' dan sebagainya. Panggilan ini sebenarnya untuk mengeratkan hubungan dan keakraban dalam berkeluarga.

Menerusi video daripada pemilik TikTok yang dikenali sebagai Nur Alissa Maria, dia memuat naik rakaman ucapan tahniah kepada pengantin. Namun, dia terpanggil gelaran 'yang' kepada pengantin lelaki dihadapan si isteri telah mencuri perhatian netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

Keluarga pengantin lelaki memang gelarkannya sebagai 'yang' atau 'oyang' sebelum kahwin lagi

Pada awalnya, wanita ini mengucapkan tahniah kepada pengantin perempuan kemudian dia memanggil pengantin lelaki dengan panggilan 'yang'.

Tersedar akan kelakuannya itu, terus wanita ini serba salah dengan pengantin perempuan dan mengatakan rasa kekok memangil suaminya 'yang' walhal sebelum kahwin memang mereka gelarkannya 'yang' atau 'oyang'.

Rata-rata netizen juga turut berkongsi pengalaman yang sama seperti wanita ini, dan menyatakan risau orang sekeliling salah faham dengan panggilan mereka.

"Sepupu saya pun panggil 'yang', susah nak explain dekat orang yang baru kenal." - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mencecah sebanyak 1M views, 85.3K likes dan 276 shares di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan berkongsi pengalaman yang sama seperti wanita itu.

Berikut di bawah merupakan antara perkongsian menarik daripada netizen di TikTok:

Orang luar mesti pelik kenapa panggil gelaran tu, padahal itu gelaran manja :P

Image via Giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: