[VIDEO] Budak Merajuk Siap Boleh Deal Bila Nak Stop Menangis Ini Buat Ramai Terhibur
Drama queen ni.
Para ibu bapa mesti faham apabila anak-anak dah semakin membesar, mesti akan ada sahaja telatah lucu dari mereka
Ia seolah-olah seperti apabila anak-anak sudah dapat kaki mesti akan mula berlari ke sana-sini. Sudah dapat mulut pula, banyak pula celoteh mereka sampaikan tidak sempat untuk melayan pertanyaan mereka.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini, apabila seorang kanak-kanak perempuan pura-pura menangis siap boleh bawa bincang dengan ibunya telah mengundang tawa ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Berhenti menangis sekejap dengar lagu favourite, lepas tu sambung nangis balik
Menerusi video berkenaan, kelihatan dia menunjukkan gelagat anaknya yang sedang merajuk dan pura-pura menangis.
Difahamkan, anaknya itu merajuk dek kerana ibunya tidak membelikan peralatan massage. Selepas itu, dia pura-pura menangis siap boleh deal dengan si ibu bila dia akan berhenti menangis.
Sebenarnya, dia pernah berlakon adegan menangis dahulu ketika dia masih bayi bersama Redza Rosli. Disebabkan aura lakonannya sudah bermula dari kecil, maka aura lakonan dibawa hingga ke besar.
Lihat video ketika anaknya berlakon menangis bersama Redza Rosli:
"Kalau budak ni dah besar, kalau dia merajuk senang je nak pujuk. Biarkan je dia menangis" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 2.3.M views, 227.9K likes dan 5,929 comments di TikTok. Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat si cilik itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!