"Sebak Tengok" - Lelaki Sarungkan Ayah Jubah Konvo Miliknya Ini Buat Ramai Tersentuh
Ini momen berharga.
Apabila ada majlis perkahwinan ataupun graduasi, pastinya ibulah orang pertama yang akan berasa sebak
Para ibu adalah individu yang mempunyai jiwa yang lembut dan mudah tersentuh. Lebih-lebih lagi apabila melihat kejayaan anaknya, pasti dialah orang yang pertama menunjukkan rasa tersentuhnya.
Tetapi, sedarkah anda bahawa seorang ayah juga menyimpan perasaan itu. Walaupun dari riak wajahnya hanya menunjukkan riak biasa, tetapi sebenarnya dia juga turut berasa bangga.
Baru-baru ini, tular sebuah video apabila seorang lelaki berkongsi momen ketika dia memakaikan ayahnya jubah konvo miliknya telah meraih perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Lepas pakaikan jubah, nampak jelas riak wajahnya yang bangga
Menerusi video yang di muat naik oleh @af.frhnn, kelihatan dia berkongsi momen ketika majlis konvokesyennya yang berlangsung baru-baru ini.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila dia menyarungkan ayahnya jubah konvo miliknya. Momen itu membuatkan rata-rata warganet sebak melihatnya.
Hal ini kerana, sebaik sahaja dipakaikan jubah konvo itu, jelas terpampang riak wajah bangga di atas kejayaan anaknya.
"So lucky! This made me cry. Terfikir macam mana aku convo nanti" - Warganet
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 84.8K views, 13.8K likes dan 261 comments di TikTok. Rata-rata netizen turut sebak melihat momen pemuda itu dan bapanya.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!