Ibu Ingatkan Asam Tapi Rupa-Rupanya Makanan Kucing, Perkongsian Wanita Ini Curi Tumpuan
Haa sudah.
Bagi pencinta kucing, mesti faham apabila makanan mereka seperti ada bau makanan manusia
Lebih-lebih lagi, kalau makanan basah mesti menusuk ke hidung bau ikannya. Rasa seperti ingin mencuba sebab baunya serupa dengan bau ikan yang direbus.
Baru-baru ini, tular sebuah posting di laman sosial Twitter, apabila wanita ini berkongsi kisah ketika ibunya makan makanan kucing kerana menyangka itu asam telah mengundang tawa ramai.
Lihat posting itu di bawah:
Ingatkan makanan asam, rupanya treats kucing
Menerusi posting yang dimuat naik oleh @tattyhassan, kelihatan dia berkongsi kisah ketika ibunya tersalah makan makanan kucing.
Difahamkan, ibunya sudah gigit dan terasa kenyal dan masin. Si ibu siap bertanya kepadanya mengapa asam ini kenyal dan terasa macam makan getah.
Rupa-rupanya, si ibu baru sedar ia adalah makanan yang diberikan kepada kucing sebagai treats.
"Saja lah tanya sebab curious juga, sedap tak? Hehe, sebab selalu tengok kucing makan macam kebuluran padahal baru je makan" Netizen
Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 2,523K retweets, 373 quote tweets dan 7,707 likes di Twitter, rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!