seismik

[VIDEO] "Kucing Hyperactive"- Aksi Si Bulus Panjat Tuan Ketika Solat Ini Bikin Tawa Ramai

Amboi, dia ingat dia Simba ke?

Cover image via @minnie.britishblue (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sesiapa yang memelihara kucing pasti sudah tahu mereka ini pun banyak ragamnya

Kadangkala, ragam mereka itu ada yang menghiburkan. Tetapi ada juga yang membuatkan kita rasa geram tatkala mereka berbuat sedimikian.

Tular baru-baru ini di laman sosial TikTok, apabila seorang wanita menunjukkan rakaman ketika dia sedang solat. Namun, dia diganggu oleh kucing peliharaannya itu telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tengah khusyuk solat, tiba-tiba je si bulus panjat atas kepala

Menerusi video yang dimuat naik oleh @minnie.britishblue, kelihatan dia menunjukkan rakaman ragam kucingnya ketika dia sedang menunaikan solat.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila kucingnya itu melompat dan memanjat atas kepalanya sambil bermain telekung. Ramai yang terhibur melihat aksi itu, tetapi dia juga menerima kecaman kerana membuat video ketika sedang solat.

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Ya Allah, baru je tertanya diri sendiri macam mana dia boleh naik atas tu. Rupanya rilek je dia lompat sambil panjat mama dia" Netizen

Susulan tular video tersebut, kini ia telah meraih sebanyak 1M views, 115.2K likes dan 3,275 comments di TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat kucingnya itu. Malah mereka juga berkongsi pengalaman diganggu oleh si bulus ketika sedang solat.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kibbles apa lah dia makan sampai aktif macam tu sekali :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: