seismik

[VIDEO] Guru Kongsi Gelagat Pelajar Bawa Telefon Bimbit Ke Sekolah, Tapi Rupa-Rupanya...

Aik, phone ke tu?

Cover image via @cikgu_baby (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Telefon bimbit merupakan barang yang terlarang untuk dibawa ke sekolah

Jika membawanya kemungkinan telefon itu akan di rampas serta-merta. Penggunaan telefon bimbit dilarang kerana untuk mengelakkan para pelajar leka bermain telefon ketika sesi pembelajaran.

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman sosial apabila seorang guru wanita berkongsi gelagat pelajarnya yang membawa telefon bimbit. Tetapi telefon bimbit yang dibawanya itu lain dari yang lain telah meraih perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Ingatkan telefon betul, rupa-rupanya correction tape

Menerusi video berkenaan, kelihatan guru itu menunjukkan telefon bimbit yang dibawa oleh pelajarnya.

Namun, sebenarnya itu bukanlah telefon bimbit yang sebenar. Ia adalah correction tape yang berbentuk seperti sebuah telefon.

Situasi itu membuatkan rata-rata netizen terhibur. Malah, mereka juga berkata guru disiplin boleh tertipu dengan correction tape ini kerana nampak macam real.

"Kalau ada spotcheck besar-besaran, sumpah semua orang kena prank" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 1.9M views, 162.1K likes dan 1,216 comments di TikTok. Rata-rata netizen juga turut menyangka ia sebuah telefon bimbit walhal ia adalah correction tape sahaja.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Telefon ni mesti lagi mahal dari iPhone 14 :D

Image via Tenor

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: