seismik

[VIDEO] Teruja Dapat Hadiah Sampai Panjat Meja, Tindakan Guru Ini Buat Ramai Sebak

Touchingnya!

Cover image via @cikgupenyayang (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Guru merupakan insan yang mendidik kita sehinggalah kita mendapat kejayaan

Tanpa hasil didikan mereka, tiadalah kejayaan yang kita miliki hari ini. Malah, dengan didikan mereka jugalah membuatkan kita menjadi seorang insan yang berguna.

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman sosial TikTok apabila seorang guru berkongsi situasi ketika anak muridnya menerima hadiah telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@cikgupenyayang Its important to have strong bonding between you and kids #fyp#fyp#tiktokguru_malaysia #tiktokmalaysia#foryoupage Bintang di Surga - Noah

Tak turun dari kerusi, tapi terus panjat meja untuk peluk cikgu

Menerusi video berkenaan, kelihatan dia menunjukkan situasi dari rakaman CCTV ketika dia memberikan hadiah kepada anak muridnya.

Difahamkan, anak muridnya itu inginkan mainan kereta control jika dia pandai membaca. Disebabkan dia telah berjaya, gurunya itu tunaikan kemahuannya sebagai tanda kejayaan.

Lebih menarik perhatian, apabila anak muridnya itu terus memanjat meja dan memeluknya. Situasi itu membuatkan ramai warganet sebak dan beranggapan anak muridnya itu betul-betul menghargai pemberian dan didikannya.

"The fact that he understands the meaning of appreciation so he gave a hug" - Warganet

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 430.2K views, 35.6K likes dan 876 comments di TikTok. Rata-rata warganet turut sebak melihat situasi guru dan anak muridnya itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Apa-apa pun tahniah buat cikgu kerana berjaya didik adik tu sampai pandai membaca! <3

Image via Pinterest

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: