seismik

[VIDEO] Jumpa Bila Ada Kenduri, Detik Adik-Beradik Bertemu Semula Ini Buat Ramai Tersentuh

Sebaknya.

Cover image via @effyrahimli (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bila sebut saja tentang kenduri keluarga, orang tualah yang paling semangat untuk hadir

Hal ini kerana, masa kenduri sajalah masa untuk ahli keluarga berkumpul. Iyalah, ada di antara ahli keluarga yang lain mungkin duduk jauh dan membuatkan mereka jarang berjumpa.

Baru-baru ini tular sebuah video di laman sosial TikTok, apabila seorang wanita menunjukkan momen detik pertemuan adik-beradik di majlis perkahwinan itu telah meraih perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Sebabkan rindu, terus peluk dan cium adik-beradik

Menerusi video yang dimuat naik oleh @effyrahimli, kelihatan dia dan ibunya menghadiri sebuah majlis perkahwinan.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila dia melihat seorang wanita yang sedang memeluk dan cium salah seorang adik-beradiknya. Situasi itu membuatkan ramai berasa sebak.

Melihat momen itu, dari raut wajahnya saja jelas menunjukkan bahawa mereka sangat rindukan antara satu sama lain.

"Teringat arwah adik tok jumpa arwah tok. Terjengket-jengket jalan ke kereta nak jumpa kakak dia sambil hulur duit RM50" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sebanyak 167.6K views, 15.2K likes dan 210 comments di TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi masing-masing. Malah, mereka turut berasa sebak melihat pertemuan semula adik-beradik itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Comelnya semua! Rindu pula dekat adik-beradik min :')

Image via Giphy

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: