[VIDEO] "Kasih Si Suami" - Warga Emas Teman Isteri Di Hospital Ini Buat Ramai Tersentuh
Cara dia pandang tu, sebaknya!
Memiliki pasangan yang setia hingga akhir hayat merupakan suatu anugerah yang harus dihargai
Pasangan yang setia merupakan impian semua manusia di dunia ini. Iyalah, siapa yang mahu perkahwinan yang sementara bukan? Semua orang ingin mencipta kenangan bersama pasangan tersayang hingga ke hari tua.
Tular sebuah video baru-baru ini, apabila seorang warga emas sedang menunggu giliran untuk masuk ke bilik rawatan bersama-sama isterinya telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Si suami memandang isteri dengan penuh sayu
Menerusi video berkenaan, kelihatan sepasang warga emas sedang menunggu giliran untuk masuk ke dalam bilik rawatan.
Ketika si isteri baring di kerusi ruang menunggu, si suami memandang isterinya dengan penuh sayu yang membuatkan rata-rata warganet tersentuh.
Inilah yang dikatakan definisi berkahwin dengan lelaki yang tepat.
"Hidup macam ini yang saya nak. Hidup sampai tua bersama-sama" - Warganet
Menjengah ke ruangan komen mendapati rata-rata warganet tersentuh melihat situasi pasangan warga emas itu.
Susulan tularnya video tersebut, kini video berkenaan telah mencecah sebanyak 1.1M views, 121.2K likes dan 2,214 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!