seismik

Dipimpin Setiap Hari Untuk Ke Masjid, Ramai Tersentuh Melihat Persahabatan Warga Emas Ini

Sahabat dunia akhirat.

Cover image via @_4clover_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Semua orang mesti mahu memiliki sahabat yang baik, bukan?

Susah sebenarnya untuk menemukan sahabat yang ikhlas berkawan dengan kita. Jika ada, sahabat itu haruslah dihargai dan dikenang jasanya.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini, apabila seorang lelaki setiap hari memimpin tangan rakannya untuk ke masjid telah menyentuh hati ramai netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

@_4clover_ Terima kasih pakcik selalu jagakan ayah di masjid semoga syurga buatmu #sahabatsyurga Usik - Feby Putri

Hari-hari tunggu di depan rumah untuk ke masjid

Menerusi video tersebut, difahamkan ayah kepada pemilik video iaitu @_4clover  mengalami masalah penglihatan sehingga sukar untuknya bergerak.

Mujur ada sahabat ayahnya. Jika ingin ke masjid, rakan ayahnya itu akan berada di depan rumah mereka untuk pergi bersama-sama.

Situasi si ayah memgang tangan rakannya telah membuatkan ramai sebak. Iyalah, susah nak berjumpa dengan sahabat sebaik ini.

"Semoga Allah permudahkan segala urusan pak cik berdua. Bila dah tua ni, kawan yang ikhlas ada dengan kita sebenarnya dia adalah permata" - Warganet

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet sebak melihat situasi mereka berdua. Warganet juga turut mendoakan kesejahteraan buat mereka berdua.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 1.1M views, 249.9K likes dan 4,789 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di TikTok:

Semoga kita semua dikurniakan sahabat seperti ini :')

Image via Tenor

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: