seismik

[VIDEO] "Siap Bawa Periuk Noxxa" - No Bag Challenge Pelajar Ini Raih Perhatian Ramai

Kreatifnya!

Cover image via @actuallyitsfai (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pada era digital kini, ramai orang berpusu-pusu membuat konten untuk dimuat naik ke media sosial

Antaranya seperti konten memasak, review barang, vlog harian dan sebagainya. Malah, ada juga yang membuat konten seperti challenge untuk meraih tontonan di media sosial.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di laman sosial TikTok, apabila sekumpulan pelajar membuat konten no bag challenge telah mencuri perhatian warganet.

Lihat video penuh itu di bawah:

Siap ada yang bawa kuda mainan

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pelajar menunjukkan ragam rakan-rakannya yang kreatif ketika membuat no bag challenge.


Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila mereka membawa barang yang luar dari jangkaan. Ada yang membawa periuk nasi, carrier kucing dan sebagainya.

Lebih melucukan lagi apabila salah seorang rakannya dengan selamba membawa mainan kuda ke sekolah sebagai pengganti beg sekolah.

"Haha confirm si Oyen marah kakak dia sebab bawa carrier dia pergi sekolah" - Warganet

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 429.9K views, 30.2K likes dan 1320 comments di TikTok. Rata-rata warganet terhibur dan memuji kreativiti mereka.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Kreatifnya! Ini boleh masuk acara siapa bawa beg sekolah paling rare ni :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: