"Makan Kulit Dulu Baru Isi" - Gelagat Pelajar Kupas Roti Gardenia Ini Bikin Tawa Ramai
Lain macam cara dia makan.
Semua orang mesti akan ada kawan yang berperangai pelik bukan?
Kadangkala perangai pelik dia itu tak masuk dek akal. Tetapi, sebenarnya dengan perangai pelik dia itulah yang dapat menghiburkan kita.
Sama seperti video yang tular di laman sosial TikTok baru-baru ini, apabila seorang pelajar menunjukkan gelagat rakannya makan roti Gardenia dengan cara lain daripada lain telah meraih perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Kupas kulit roti sampai habis dulu, baru makan isi
Menerusi video berkenaan, kelihatan dia menunjukkan gelagat pelik rakannya yang makan roti Gardenia dengan kupas kulit terlebih dahulu.
Mula-mula dia kupas dan makan kulit, kemudian baru dia menikmati keseluruhan roti tanpa kulit itu.
Gelagatnya itu membuatkan ramai boleh relate. Hal ini kerana, mereka berkata jika berbuat sedemikian baru dapat feel untuk makan isi coklat roti Gardenia itu.
"Aku makan macam ni juga sebab nak makan coklat tu last" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sebanyak 608.2K views, 52.3K likes dan 781 comments di TikTok. Rata-rata warganet turut terhibur dan memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!