Pereka Malaysia Bangga Uniform Atlet Rekaannya Dipakai ‘The Pocket Rocketman’ Menang Di Glasgow!

Memang cantik baju tu!

Enlarge text
Cover ImageCover image via @senizeug (Instagram) & Reuters

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kemenangan Datuk Azizulhasni Awang merangkul pingat emas di Sukan Komanwel baru-baru turut dirai dengan perasaan bangga dan emosi oleh pereka uniform yang dipakai atlet itu

Menerusi perkongsian Ummi, pereka uniform tersebut di Instagram, wanita itu berkongsi perasaan bangga melihat hasil rekaannya dipakai atlet kebangsaan itu ketika berjaya rangkul emas di Sukan Komanwel.

"Anda mungkin tak mengenali saya tapi itu tak mengapa, namun rekaan uniform ini yang anda pakai, saya yang menghasilkan rekaannya.

"Anda meletakkan nama Malaysia di persada dunia, dan saya sangat beremosi seperti anda kerana sebaik mereka umumkan yang anda menang, saya pun macam tak percaya kerana ada hasil kerja saya turut terpapar.

"Saya kerja keras untuk perkara ini, banyak yang telah saya lakukan untuk mencapai rekaan yang anda peragakan dan anda memakainya dengan penuh bangga dan saya sangat berterima kasih,"
katanya sambil tidak dapat menahan emosi.

SAYS.com
Image via Instagram

Sedia hasilkan rekaan uniform baharu

Tambahnya, dia turut menyuarakan rasa bersedia jika atlet terbabit perlukan khidmat daripadanya bagi menghasilkan rekaan uniform yang baharu.

"Saya kerja dengan KBS, WireKL untuk menghasilkan uniform tersebut dan telah banyak draft yang saya hasilkan sehingga terhasilnya apa yang anda pakai sekarang.

"Jika anda perlukan rekaan yang baharu, untuk uniform anda, panggil sahaja saya, saya bersedia, saya ada terlalu banyak idea, saya boleh buat semuanya.

"Ia amat memberi makna terhadap saya bila dapat tengok hasil kerja saya terpapar di luar sana, saya bangga akan perkara ini, bangga dengan anda. Terima kasih," katanya.

Lihat video penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: