Spider-Man: Brand New Day Raih RM30 Juta, Catat Kutipan Pembukaan Terbesar Sony Pictures Malaysia

Dianggarkan seramai satu juta rakyat Malaysia telah berkunjung ke pawagam untuk menyaksikan Spider-Man: Brand New Day.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Sony Pictures

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Spider-Man berayun ke pawagam tempatan pada Khamis lalu sebagai filem blokbuster musim panas terbesar tahun ini menerusi persembahan rekod Box-Office yang memecahkan tradisi, sekali gus kini menjadi salah satu 'Hari Pembukaan Hujung Minggu Terbesar Sepanjang Zaman' bagi Sony Pictures Malaysia

Spider-Man: Brand New Day meraih sebahagian besar kutipan pawagam di Malaysia dalam tempoh empat hari pembukaan hujung minggu dengan nilai Box Office sebanyak RM30 juta. Sepanjang hujung minggu tersebut, dianggarkan seramai satu juta rakyat Malaysia telah berkunjung ke pawagam untuk menyaksikan Spider-Man: Brand New Day, yang digelarkan sebagai acara tahun ini oleh para peminat francais berkenaan serta pengunjung pawagam secara umumnya.

"Dengan pelbagai keterujaan di sekeliling filem ini, kami mahu memainkan peranan kami untuk meningkatkan pengalaman para pengunjung pawagam menerusi pelbagai inisiatif seperti perhimpunan Spider-Man di pawagam terpilih sempena Hari Spider-Man, serta menceriakan ruang bandar dengan persembahan dron dan bunga api. Kami sangat teruja melihat semua orang turut berasa teruja sama seperti kami," kata Simon Foo, Pengarah Urusan Sony Pictures Entertainment Malaysia.

SAYS.com
Image via Sony Pictures

Ulasan memberangsangkan dan penilaian skor tinggi

Filem ini mencatatkan skor tinggi sebanyak 98% di Rotten Tomatoes; menempatkannya sebagai filem MCU Spider-Man yang mendapat markah tertinggi dalam kalangan penonton setakat ini. #SpidermanBrandNewDay telah menerima ulasan hebat daripada media tempatan sewaktu tayangan media eksklusif pada minggu lepas:

"Brand New Day, hands down the best of the Holland era, is also the most human and most emotional Spider-Man movie yet." – Goggler

"Filem Spider-man yang penuh aksi gempak & sarat dengan emosi" – SAYS SEISMIK

"Tom Holland gives his strongest performance as Spider-Man in a grounded, emotionally resonant tale that stands as the franchise's best entry to date." – Buro Malaysia

Acara sinematik tahun ini, Spider-Man: Brand New Day kini ditayangkan secara eksklusif di pawagam berdekatan anda.

SAYS.com
Image via Sony Pictures

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: