Misteri Banglo Daniel Bukit Damansara, Ini Kisah Di Sebalik & Khabar Angin Seramnya

'Banglo Daniel' sering mendapat perhatian blog seram dan video paranormal.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika anda banyak membaca kisah-kisah urban Malaysia dalam talian, anda mungkin pernah menemui cerita tentang 'Banglo Daniel' di Bukit Damansara

Tersembunyi di sebalik pepohon yang rimbun di salah satu kawasan kejiranan paling mewah di Kuala Lumpur, banglo yang kelihatan terbengkalai ini telah menjadi salah satu legenda urban yang paling dikenali di negara ini.

Selama bertahun-tahun, pencipta kandungan bergenre seram, peneroka legenda urban dan pengguna Internet telah berkongsi versi berbeza tentang apa yang dikatakan berlaku di situ, menjadikan lokasi tersebut sebagai sebahagian daripada cerita 'legend' internet di Malaysia.

SAYS.com
Image via @asan.asari08 (TikTok)

'Banglo Daniel' mula mendapat perhatian melalui blog seram dan video paranormal yang mendakwa rumah itu mempunyai sejarah yang tragis

Banyak saluran aktiviti paranormal telah memaparkan banglo berkenaan, mendokumentasikan lawatan ke lokasi tersebut sambil membincangkan khabar angin yang berkaitan dengannya, berbeza-beza mengikut beberapa versi.

Salah satu dakwaan yang paling banyak dikongsi ialah banglo itu pernah menjadi rumah kepada sebuah keluarga yang menghadapi insiden tragis.

Ada yang mengatakan ahli keluarga itu dibunuh di dalam rumah, sementara yang lain mendakwa mereka mati dalam keadaan misteri, meninggalkan kawasan itu terbiar pada waktu malam.

Terdapat juga versi lain menceritakan bahawa banglo itu didakwa dibina di atas tanah yang dipercayai sebagai tanah perkuburan lama, sementara ada juga yang mengatakan tapak itu telah lama dikaitkan dengan insiden-insiden yang tidak dapat dijelaskan walaupun sebelum pembinaan rumah terbabit.

SAYS.com
Image via Shukri Vlogs (YouTube)

Ada yang mendakwa mendengar tapak kaki, melihat susuk tubuh samar-samar dan berhadapan kejadian lain yang tidak dapat dijelaskan di dalam banglo terbengkalai itu

Beberapa penggiat paranormal juga melaporkan kamera tidak berfungsi, bateri kehabisan kuasa dengan begitu cepat dan perasaan seperti diperhatikan sepanjang berada di lokasi itu.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa dakwaan ini telah dinyatakan tanpa sebarang bukti dipercayai yang boleh mengesahkannya.

Walaupun terdapat spekulasi selama bertahun-tahun, masih tiada jawapan yang menjelaskan mengapa hartanah itu dikenali sebagai 'Banglo Daniel' atau siapakah 'Daniel'.

Ada juga yang merujuknya sebagai 'Banglo Patung', walaupun asal usul nama panggilan ini juga tidak jelas.

Sama ada khabar angin itu benar atau tidak, 'Banglo Daniel' telah mengukuhkan tempatnya dalam budaya seram Malaysia sebagai rumah terbengkalai yang menyeramkan masih diperkatakan sehingga hari ini.

SAYS.com
Image via Shukri Vlogs (YouTube)
SAYS.com
Image via TOK BUGIS CHANNEL (YouTube)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: