seismik

"Kantoi" - Anak Merajuk Tengok Muka Ibu Ayah Masuk Live TV Ini Buat Ramai Boleh Relate

Ini kes buat kerja tak clean.

Cover image via @sara_liya91 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Apabila sudah berkeluarga, pasti waktu berdua bersama pasangan tidak seperti awal-awal perkahwinan

Setelah lahirnya cahaya mata, masa akan lebih banyak diluangkan untuk membesarkan anak-anak. Tetapi jika pandai menguruskan masa, akan ada juga waktu untuk dating bersama pasangan.

Sama seperti video yang tular di laman sosial TikTok baru-baru ini, apabila pasangan suami isteri ini terkantoi dengan anak dek kerana muka mereka masuk live di televisyen telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@sara_liya91 sampai harini anak merajuk mati2 ingat mak pak dia pi klinik.. klu xkantoi dlm tv tuh, kami 2 masih tidak nampak bersalah #sepahtureunionlivetour2022 #fyp #fypage suara asli - sayur asem - BILYCHAMPING

Bagitau anak, ibu ayah pergi checkup klinik

Menerusi video yang dimuat naik oleh @sara_liya91, kelihatan dia menunjukkan situasi apabila dia terkantoi dengan anaknya.

Dia dan suaminya menipu anak mereka dengan berkata mereka ingin ke klinik. Namun, pecah tembelang mereka kerana muka pasangan itu ada di televisyen kerana program itu bersiaran langsung.

Difahamkan, sebaik pulang sahaja dari program itu, si anak terus merajuk dan buat-buat tanya ke mana mereka pergi. Walhal si cilik itu sudah tau akan jawapannya.

"Mak dia kena cakap macam ni, tu pelanduk dua serupa tu, mak memang ke klinik hahaha" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sebanyak 769K views, 40.9K likes dan 345 comments di TikTok. Rata-rata warganet terhibur melihat dia dan suaminya terkantoi dengan anak mereka.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Tak apalah dik, bagi chance untuk ibu ayah awak pergi dating kejap :P

Image via Giphy

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: