"Ramen Challenge" - Kanak-Kanak Makan Tepi Jalan Ini Buat Ramai Throwback Masa Zaman Kecil
Comel je muka masing-masing tahan pedas.
Siapa ingat dahulu semua orang berlumba-lumba nak buat Ramen challenge bukan?
Ramai yang buat ramen challenge ketika ia awal-awal masuk di Malaysia. Mereka membuat challenge disebabkan ramen itu mempunyai tahap kepedasan yang tidak semua orang boleh tahan.
Ekoran itu, mereka membuat challenge dan memuat naik video ke dalam Youtube atau di media sosial yang lain. Orang kata, waktu itu menjadi fenomena di Malaysia tentang ramen challenge.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini, apabila sekumpulan kanak-kanak berkumpul di tepi jalan di hadapan rumahnya sambil makan ramen telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Siap makan ramen dalam besen kecil
Menerusi video yang dimuat naik oleh @capiqahnzri, kelihatan dia terkejut melihat adik dan rakan-rakannya berkumpul di tepi jalan di hadapan rumahnya sambil makan ramen.
Dia siap bertanya di mana mereka dapat duit untuk membeli ramen, tetapi tidak dijawab dek kerana Ramen yang pedas itu. Situasi itu rata-rata membuatkan ramai warganet terhibur melihat mereka terkedu untuk menjawab pertanyaan si kakak.
Lihat video gelagat mereka ketika makan ramen itu di bawah:
"Ya Allah sama dengan adik aku lepas balik sekolah agama terus pergi kedai beli ramen. Lepastu cari port lepak keliling rumah makan ramen dengan kawan dia" - Warganet
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 331.2K views, 21.1 likes dan 448 comments di TikTok.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dan ada yang turut mengimbau memori lama ketika bersama kawan-kawan.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!