seismik

Situasi Meja Renggang Dalam Kelas Ini Buat Ramai Terkenang Zaman Persekolahan Dulu

Ada yang faham?

Cover image via @o_odato_o (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Cerita saja tentang zaman persekolahan, mesti akan ada saja kenangan pahit dan manis bersama rakan

Lebih-lebih lagi dengan rakan semeja. Ada waktu berbaik dan ada waktu bergaduh. Pastinya semua orang mengalami situasi itu bukan?

Sama seperti sebuah video yang tular di laman sosial TikTok baru-baru ini, apabila lelaki itu menunjukkan keadaan meja rakan dihadapannya renggang secara tiba-tiba telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah: 

Sama ada meja bergoyang atau tengah bergaduh

Menerusi video tersebut, kelihatan dua orang gadis di dalam sebuah kelas tetapi meja gadis itu renggang walaupun bersebelahan.

Situasi itu membuatkan ramai warganet terhibur dan mereka turut berkongsi pengalaman sama.

Ada di antara mereka berbuat sedemikian disebabkan tidak mahu berlaga siku dan ada yang betul-betul bergaduh. Tetapi selang beberapa minit, meja itu bersebelahan semula.

"Biasa aku buat macam ni sebab kalau member menulis auto bergegar dengan meja aku" - Warganet

Susulan tularnya video itu, kini video tersebut telah mencecah sebanyak 103K views dan 11.6K likes di TikTok.

Selain daripada terkenangkan zaman persekolahan dulu, mereka juga memberi andaian mereka sendiri tentang keadaan dua orang gadis itu.

Berikut merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Fuh tengah gaduh ke tu? YTJT :P

Image via Giphy

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: