seismik

[VIDEO] Cara Baru Nak Hafal Sifir, Guru Ini Berjaya Pikat Pelajar Guna Trick Mudah

Menarik cara guru ni ajar.

Cover image via @dianjaunahcantikkaya (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika diingat semula, setiap kali masuk kelas pastinya akan bersiap sedia dengan hafalan sifir

Iyalah, sifir itu penting jika tidak hafal susah untuk membuat jalan kira. Boleh jadi gagal subjek matematik hanya sebab tidak menghafal sifir saja.

Baru-baru ini, di laman sosial TikTok kelihatan seorang guru menunjukkan reaksi pelajar memarahinya disebabkan usikannya semasa aktiviti menghafal sifir. Namun, cara mudah guru itu mengajar sifir jadi tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Selalu pelajar kena marah dengan guru tapi ini pelajar yang marah guru

Menerusi video tersebut, kelihatan suasana guru dan para pelajar bersemangat ketika belajar tentang sifir. Guru itu turut menguji pelajarnya supaya mereka mengingati kaedah hafalan sifir tersebut.

Suasana kelas bertukar kecoh disebabkan usikan guru yang sengaja tulis nombor di ruangan kotak yang salah. Ini bermakna pelajarnya telah memahami kaedah hafalan sifir yang mudah.

Kaedah mudah bagi hafalan sifir ini menarik perhatian netizen. Bukan perkara yang mudah untuk menghasilkan kaedah belajar yang senang.

"Wow patutlah budak zaman sekarang ramai yang pandai. Goodjob cikgu" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memuji cara guru itu mengajar dan turut merindui zaman persekolahan. 

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sebanyak 2.8M views dan 244.0K likes dan 4,296 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Nampak mudah ya! Dulu hafal sifir tengok kulit belakang je, tak dapat hafal kena duduk luar kelas :D

Image via Monophy

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: