seismik

[VIDEO] Tetap Bermain Bola Sepak, Walaupun Hanya Bergantung Pada Sebelah Kaki Saja

Semangat macam ini yang kita mahukan.

Cover image via @youtube_zyrik (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Semua orang mempunyai minat dan impiannya yang tersendiri bukan?

Jika kita minat sesuatu perkara, pastinya kita akan berusaha untuk pastikan minat kita dapat dicapai.

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman sosial TikTok apabila seorang lelaki sedang bermain bola sepak.

Namun apa yang menarik perhatian adalah, lelaki itu bermain dengan hanya bergantung pada sebelah kiri dan tongkat sahaja.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tetap bermain walaupun hanya bergantung pada sebelah kaki

Menerusi video tersebut, lelaki itu kelihatan sedang berlari untuk mendapatkan bola. Namun, lelaki itu tidak sempurna dari segi fizikalnya dan hanya memiliki sebelah kaki sahaja.

Disebabkan minatnya yang terlalu dalam dengan permainan bola sepak, dia tetap bermain walaupun hanya bergantung pada sebelah kaki dan tongkat.

Semangat dan usahanya dipuji para netizen. Bukan senang ya untuk bermain bola sepak dengan sebelah kaki saja.

"Respect! Tak semua orang mampu buat macam brother ni" - Netizen

Ketika menulis artikel ini, video tersebut telah meraih sebanyak 4.2M views, 323.7K likes dan 2,995 comments di TikTok.

Rata-rata netizen memuji semangat yang ditunjukkan oleh lelaki itu dan ada yang berkata kemungkinan dahulu lelaki itu merupakan seorang pemain yang handal.

Berikut merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Semangat macam ini yang kita mahukan!

Image via Tenor

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: