Isteri Nak 'Me Time', Suami Sampai Huru-Hara Jaga Anak Di Rumah Bikin Ramai Dekah
Bersungguh-sungguh suruh isteri balik!
Sudah menjadi tugas untuk para isteri apabila menguruskan anak-anak dan perihal rumah tangga
Iyalah, si isteri mestilah akan berfikir tentang pakaian anak-anak, masak untuk suami dan sebagainya. Ekoran itu, si suami haruslah memahami dan memberikan isteri waktu berehat atau Me Time.
Me Time merupakan waktu yang sesuai untuk memulihkan keadaan jasmani dan rohani seseorang.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini, apabila si isteri berpeluang untuk 'Me Time' tetapi keadaan huru-hara suaminya dan anak-anak pula mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Baru kemas barang mainan, tak sampai seminit bersepah balik
Menerusi video tersebut, si suami meminta isterinya untuk cepat pulang ke rumah kerana keadaan di rumah sudah menjadi huru-hara.
Itulah kelebihan si isteri, pandai menguruskan urusan di rumah. Baru tiga jam ditinggalkan isteri, si suami terus meminta si isteri pulang ke rumah.
Dia sendiri tidak menyangka tugas di rumah sebenarnya lebih memenatkan daripada tugas kerja di luar.
"Tahu penat kan, sangat penat ya. Terima kasih untuk yang buat video ini. Harap ada suami di luar sana memahami isteri mereka" - Netizen
Ketika menulis artikel ini, video berkenaan telah mencecah sebanyak 1.1M views, 98.6K likes dan 2,223 comments di TikTok.
Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat anak-beranak itu. Mereka juga turut berkongsi pengalaman semasa mereka meninggalkan suami mereka.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!