"Tema Perkahwinan Melayu"- Majlis Perkahwinan Pasangan Cina Ini Dipuji Ramai. Unik!
Meriah macam dekat bazar Ramadan.
Malaysia sudah dikenali sebagai negara yang mempunyai pelbagai adat dan budaya
Inilah keistimewaan Malaysia, saling kenal-mengenali budaya kaum lain merupakan perkara yang menyeronokkan di samping kita juga dapat belajar tentang adat resam mereka.
Sama seperti video yang tular di laman sosial TikTok baru-baru ini, pasangan berbangsa Cina ini apabila majlis perkahwinan mereka mengikut tema dari budaya Melayu telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Khemah, hiasan majlis dan makanan juga ikut ala-ala tema Melayu
Menerusi video yang di muat naik oleh @nasuha.aynaa, dia menghadiri majlis perkahwinan rakannya yang berbangsa Cina.
Apa yang menarik perhatian adalah, majlis perkahwinan mereka mengikut tema adat Melayu. Siap ada penari zapin dan penari kuda kepang semasa menyambut kehadiran pengantin.
Selain itu, mereka turut menyajikan makanan masakan Melayu kepada para tetamu. Jarang-jarang ya kita jumpa majlis meriah sebegini.
"Meriah makanan dia. Macam buat dekat hotel tapi ada vibe kemelayuan, terbaik" - Warganet
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet mengucapkan tahniah kepada kedua mempelai dan memuji kecantikan majlis perkahwinan mereka itu.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 475.8K views, 37.4K likes dan 1,201 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!