seismik

"Prop & Makeup Nampak Real"- Effort Sekumpulan Pelajar Buat Rumah Hantu Ini Dipuji Ramai

Terus bertukar mood seram.

Cover image via @Inashfra (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hari koperasi merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar sekolah

Malah, hari koperasi juga sinonim dengan rumah hantu. Orang kata, kalau rumah hantu tiada maka automatic hari koperasi akan bertukar suram.

Iyalah, dalam banyak-banyak aktiviti ketika hari koperasi, rumah hantu yang paling ramai orang beratur. Sampaikan ada yang tidak sempat masuk sebab waktu persekolahan sudah tamat.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini, apabila sekumpulan pelajar yang berganding bahu mendekorasi rumah hantu sempena hari koperasi telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Gelapkan suasana kelas dengan menggunakan kotak, kertas dan plastik hitam

Menerusi video yang berdurasi selama 3.40 minit itu, mereka menunjukkan proses semasa mereka mendekorasi kelas mereka untuk dijadikan sebagai rumah hantu.

Kesungguhan dan kerjasama mereka bagi menjayakan rumah hantu ternyata dipuji orang ramai. Mereka juga menyediakan prop yang kreatif bagi menaikkan mood seram.

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Saya pernah masuk rumah hantu lepas tu ada tangan keluar dari bawah. Saya terpijak tangan dia" - Netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kerjasama mereka. Malah, netizen juga throwback kenangan ketika mereka masuk rumah hantu di sekolah sewaktu ketika dahulu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sebanyak 432.9K views, 49.4K likes dan 384 commentdi TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Nampak macam ala-ala Night Of Fright dah ni :P

Image via Tenor

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: