[VIDEO] Wanita Ini 'Tenang' Sebaik Saja Lihat Anak Tersangkut Kepala Di Taman Permainan
Siap ketawakan sekali.
Selalunya ibu bapa akan terus panik sebaik sahaja melihat perkara buruk berlaku pada anak-anak bukan?
Lebih-lebih lagi, apabila bermain di taman permainan. Jika anak terjatuh pasti ibu bapa akan terus auto panik dan melihat jika ada luka dan sebagainya.
Namun, lain pula dengan wanita ini apabila dia tetap tenang sebaik sahaja melihat kepala anaknya tersangkut di taman permainan telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Rupanya dia dah tahu punca kepala anaknya tersangkut
Menerusi video tersebut, kelihatan wanita itu tenang sambil ketawa sebaik sahaja melihat kepala anaknya itu tersangkut.
Difahamkan, mereka selalu bermain di taman permainan itu. Ekoran itu, dia terus tahu punca kepala anaknya tersangkut disebabkan pada hari itu tocang anaknya tinggi.
"Hari tu kes sangkut hanger, ini kes sangkut kepala di taman pula." Menjengah di ruangan kapsyen, rupa-rupanya ini kali kedua berlaku kes anaknya tersangkut kepala.
Lihat video ketika kepala anaknya tersangkut hanger di bawah:
"Nasib baik mak dia tenang. Kalau mak dia panik, terpaksa panggil abang bomba" - Netizen
Rata-rata netizen memuji sikap tenang wanita itu. Malah, mereka turut berkata jika perkara ini berlaku pada mereka, mereka pasti akan terus panik.
Susulan tular video tersebut, video berkenaan telah meraih sebanyak 1.5M views, 55.8K likes dan 546 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!