"Seluar Palazzo Jadi Pilihan" - Suami Pakai Seluar Isteri Ini Buat Ramai Boleh Relate
Mungkin sebab selesa?
Apabila sudah berkahwin, pastinya akan ada gelagat lucu yang dilakukan bersama pasangan
Iyalah, gurauan suami isteri ini sebenarnya dapat mengeratkan hubungan bersama. Selain itu, usikan dan gurauan ini boleh juga dijadikan sebagai memori untuk masa akan datang.
Baru-baru ini, tular sebuah video apabila si suami memakai seluar Palazzo isteri ketika menjemput si isteri di KLIA telah mencuit hati orang ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Selamba jemput isteri naik motor sambil pakai seluar Palazzo
Menerusi video berkenaan, kelihatan pasangan suami isteri ini berada di KLIA untuk menjemput si isteri pulang.
Namun, apa yang menghiburkan orang ramai adalah apabila si suami memakai seluar Palazzo kepunyaan isterinya. Malah, dia juga menunggang motosikal dengan memakai seluar itu.
Mungkin seluar Palazzo itu sangat selesa sehingga si suami tidak malu untuk memakainya.
"Sebab ini lah aku malas beli Palazzo tau. Suami aku pun macam tu pakai sarung je sebab dia cakap sedap pakai." - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman sama. Suami mereka juga suka memakai seluar Palazzo milik si isteri.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sebanyak 769K views dan 42.7K likes dan 714 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: