"Macam Karpet Rumput" - Kiambang Tumbuh Sebab Banjir Termenung Ini Jadi Bualan Ramai
Jadi cantik pula lamannya.
Baru-baru ini, sering kali kita mendengar berita tentang banjir di beberapa kawasan
Kawasan yang terkena banjir itu, ada yang airnya surut dengan cepat. Tetapi ada juga segelintir tempat yang mengalami banjir termenung.
Bagi sesiapa yang tidak tahu akan maksud banjir termenung ini, ia bermaksud air banjir yang bertahan dan mengambil masa yang lama untuk air surut.
Tular sebuah video di laman sosial TikTok baru-baru ini, apabila seorang wanita berkongsi keadaan laman rumahnya yang mengalami air banjir termenung. Namun, kiambang membiak bagaikan rumput itu telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Laman rumah nampak macam tanam karpet rumput
Menerusi video yang di muat naik oleh @kaksuzieee, dia berkongsi keadaan laman rumahnya yang penuh ditumbuhi kiambang dek kerana banjir termenung.
Difahamkan, sudah seminggu dia mengalami banjir termenung. Kiambang tumbuh di air banjir itu seolah-olah macam laman yang ditumbuhi rumput.
Menurutnya, dia juga tidak menyangka kiambang tumbuh banyak sebegitu. Keadaan itu membuatkan lamannya bertukar jadi cantik walhal ia hanya tumbuhan kiambang di dalam air sahaja.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Kak, jangan bagi kering. Biar je dia ada dekat situ. Air surut akak bukalah paip haha. Sebab cantik sangat ni" - Warganet
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 1.7M views, 89.4K likes dan 3,581 comments di TikTok.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji kecantikan lamannya walaupun tahu ia bukan rumput. Malah. ada juga yang menyuruh untuk jual kiambang itu kerana ia berharga.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!