seismik

[VIDEO] "Laju Betul" - Aksi Kanak-Kanak Hayun Buaian Tinggi Ini Cetus Kebimbangan Netizen

Tingginya!

Cover image via @muhdkidzop (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap petang, mesti taman permainan penuh dengan kanak-kanak bermain bukan?

Seronok tengok ramai kanak-kanak bermain di taman. Akan ada saja gelagat mereka yang mencuit hati kita. 

Mahupun begitu, walaupun nampak akan keseronokan, tetapi keselamatan mereka juga harus dititikberatkan.

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman sosial TikTok, apabila sekumpulan kanak-kanak bermain buaian. Tetapi cara dia menghayunkan buaian itu telah mengundang kebimbangan netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

Daripada rasa nak healing, terus seriau tengok budak-budak main

Menerusi video berkenaan, kelihatan dia sedang menikmati suasana tenang ketika di taman permainan bersama rakan-rakannya.

Namun, dia terlihat sekumpulan kanak-kanak bermain di buaian. Aksi kanak-kanak itu menghayunkan buaian dengan laju dan tinggi membuatkan dia berasa bimbang.

Hal ini kerana, risau semasa dia menghayunkan buaian itu dia boleh tergelincir ataupun boleh tercampak dari buaian tersebut. 

"Teringat aku. Dulu pun aku buat macam tu sampai putus besinya. Habis muka kena simen dulu" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sebanyak 1.3M views, 148.3K likes dan 3,588 comments di TikTok. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman yang sama. Malah, mereka turut berasa bimbang melihat situasi kanak-kanak itu bermain.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kalau ayah min nampak buat macam ni dulu terus kena marah dik, sebab takut jatuh :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: