seismik

"Back To Nature" - Ini 5 Tempat Hidden Gems Yang Sesuai Untuk Healing Di Selangor

Tenangnya!

Cover image via Aisyah Ismail , Eco World , Lokallocal

Bila penat bekerja, mesti kita mahukan 'me time' bukan?

Tidak kiralah sama ada me time secara solo mahupun dengan ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat. Kita akan pastikan ada waktu-waktu berehat. Iyalah, badan juga perlu rehat dan ketenangan.

Ada sesetengah orang suka memilih tempat me time di shopping mall atau di kafe. Tetapi ada juga yang lebih memilih untuk me time dengan menikmati alam semula jadi.

Apabila memilih tempat alam semula jadi ini, adalah keputusan yang tepat untuk healing mahupun me time.

Berikut adalah 5 tempat healing yang menarik di Selangor.

Image via Giphy

1. Bukit Jelutong Eco Community

Image via maisinggah

Bukit Jelutong Eco Community adalah tempat yang sesuai untuk anda jadikan tempat healing. Sebenarnya ini merupakan tempat hidden gems di Selangor dek kerana tidak semua orang tahu akan kewujudan tempat ini. Di sini, sangat sesuai untuk anda membawa ahli keluarga, pasangan malah juga sesuai untuk tenang bersendirian. Hal ini kerana, anda akan menikmati pemandangan sambil melihat haiwan-haiwan ternakan di sana. 

@nddazzle

Bukit Jelutong Eco Community Park

- Various Artists

2. Eco Grandeur Park, Puncak Alam

Image via Oh Bulan

Mencari tempat healing yang tenang dan ala-ala Instgrammable? Inilah tempat yang sesuai untuk anda. Sambil-sambil menikmati keindahan alam dan reka bentuk yang unik, anda juga boleh mengambil gambar pemandangan yang cantik di Eco Grandeur Park ini. Hal ini kerana, di sini bukanlah sekadar taman tetapi sesuai untuk Instgrammable yang ingin pemandangan ala-ala aesthetic.

3. Pantai Bumi Hijau, Sabak Bernam

Bagi sesiapa yang suka menikmati pemandangan di pantai, Pantai Bumi Hijau di Sabak Bernam ini sesuai untuk anda. Di sini anda akan menikmati pemandangan yang indah dan tenang. Tambahan pula jika anda datang ke sini pada waktu petang, anda akan melihat pemandangan matahari terbenam yang cantik.

4. Eagle Feeding, Kuala Selangor

Image via Viator

Jika anda inginkan aktiviti yang bertemakan back to nature, eagle feeding di Kuala Selangor adalah tempat yang sesuai untuk anda. Tempat ini merupakan salah satu tarikan utama di Kuala Selangor. Anda boleh melihat 20 hingga 40 ekor helang terbang di langit sambil menunggu makanan daripada para pelancong. Sambil anda memberikan makanan kepada helang-helang itu, anda juga akan menikmati pemandangan yang indah di kawasan sekitar itu.

@pedzulkefli

Selangor hidden gem, eagle feeding & sunset RM30 only

suara asli - in_music6

5. Setia Alam Community Forest

Image via Kyension

Bagi sesiapa yang suka dengan aktiviti hiking, Setia Alam Community Forest adalah tempat yang wajib masuk dalam checklist anda. Tempat ini mempunyai tiga check point iaitu peak garden, mirror lake dan Bukit Sapu Tangan. Anda akan berasa puas jika anda memilih tempat ini sebagai tempat untuk hiking. Hal ini kerana, pemandangannya yang indah dan disertakan beberapa check point yang mempunyai pemandangan yang cantik.

@chinchilla.outdoors Discover the best hikes and paths in Setia Alam Community Trail, Shah Alam #chinchillaoutdoors #hikingadventures #hikinginmalaysia #nature #hikingszn #outdoor Coastline - Hollow Coves

Best kan tempat-tempat back to nature ni. Bolehlah anda masukkan tempat ni dalam checklist healing anda ya. Semoga bermanfaat!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: