seismik

Khas Untuk Dulang Girls, Ini 6 Warna Pilihan Menarik Baju Bridesmaid Anda

Semua warna cantik-cantik!

Cover image via Remaja & Pengantin Baru

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bridesmaid atau dulang girls sudah menjadi trend perkahwinan pada masa kini

Bridesmaid ini fungsinya seperti dayang yang menjadi penyeri dalam majlis perkahwinan. Pada ketika itu, pengantin boleh feeling-feeling seperti raja dan permaisuri yang diiringi oleh dayang-dayang.

Dulang girls kebiasaannya akan memakai pakaian yang sedondon. Bukan sahaja dari jenis kain dan corak, malah pemilihan warna juga haruslah sedondon.

Oleh itu, pilihan warna yang tepat penting kerana mahu mengelakkan daripada memakai warna yang boleh menyebabkan kita overshadow raja sehari.

Jom kita tengok pilihan warna yang sesuai untuk dulang girls!

Image via Pinterest

1. Light Brown

Image via Pinterest

Warna light brown sangat sesuai untuk dijadikan baju bridesmaid. Warna ini juga merupakan salah satu warna popular kerana ada yang kata warna ini seakan-akan aesthetic. Bagi yang bertudung, anda boleh menggayakan warna neutral seperti putih atau cream bagi menunjukkan kontras dengan warna pengantin.

2. Dark Purple

Image via Carousell

Jika anda memilih dark purple sebagai pilihan warna untuk bridesmaid anda, anda telah membuat pilihan yang tepat!  Hal ini kerana, warna ini sangat unik dan dapat menaikkan seri pengantin jika pengantin menggayakan warna neutral. Warna ini juga dapat menunjukkan kesan kontras kepada pengantin tersebut.

3. Kelabu

Image via PengantinBaru

Buat bakal dulang girls pasti anda akan ragu-ragu untuk memilih warna ini. Iyalah, jika dilihat warna ini seakan-akan suram dan gelap. Tetapi sebenarnya warna ini juga sesuai untuk dijadikan warna untuk dulang girls ya. Hal ini kerana, warna ini juga dapat menunjukkan kontras dan dapat menaikkan seri warna neutral pengantin.

4. Pink Belacan

Image via Pinterest

Warna ini juga sering menjadi pilihan dulang girls. Bagi sesiapa yang suka jenis kain fabrik satin dan chiffon, warna ini sangat sesuai untuk dijadikan baju sedodon. Selain itu, untuk warna tudung inilah satu-satunya warna yang sesuai jika digayakan dengan warna tudung yang sama. 

5. Light Blue

Light Blue sering kali dikaitkan dengan warna yang lembut. Jadi mesti anda akan ragu-ragu untuk memilih warna ini kerana bimbang tidak menaikkan seri pengantin. Tetapi sebenarnya warna ini juga sesuai kerana dapat memberi kesan lembut kepada pengantin. Jika ingin menampakkan warna lagi match, anda boleh gaya warna tudung yang gelap seperti dark blue atau dark purple.

6. Maroon

Image via Pinterest

Warna maroon ini adalah daripada kumpulan tona warna merah tetapi warnanya lebih gelap dan seakan ke arah warna gelap kelabu. Warna ini juga sesuai untuk jadi pilihan kerana ia dapat memberi effect kontras kepada pengantin. Jika ingin kelihatan menarik, anda boleh gayakan tudung warna cream, putih dan warna cerah.

Semoga perkongsian ini dapat memudahkan misi pencarian bagi dulang girls!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: