seismik

"Macam Ada Yang Belum Beli" - Ini 7 Barang 'Extra' Untuk Keperluan Pelajar Di Asrama

Semuanya keperluan juga!

Cover image via Anajingga & Bondezaidalifah

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mulai 1 Mac 2022, semua pelajar IPT sudah dibenarkan untuk kembali ke kampus. Ekoran itu, semua pelajar dikehendaki pulang ke asrama.

Apabila pihak universiti sudah membenarkan pelajar hadir ke kelas secara bersemuka, maka para pelajar juga perlu bersiap sedia untuk pulang ke asrama.

Semua pelajar pasti akan ada checklist untuk keperluan asas ke asrama. Tetapi kadang-kala bila dah sampai sahaja di asrama, pastinya akan ada beberapa barang yang terlupa untuk dibawa.

Jom tengok barangan extra untuk dibawa ke asrama selain daripada keperluan asas:

Image via Tenor

1. Storage Box

Image via Shopee

Storage Box ini sebenarnya penting juga apabila di asrama. Hal ini kerana, ruang di dalam locker asrama tidak begitu besar. Oleh itu, jika menggunakan storage box ini, ia boleh menjimatkan ruang sekali gus ruang di dalam locker juga nampak kemas dan teratur.

2. Pewangi Bilik

Image via Glade

Bagi sesiapa yang di rumah sudah biasa dengan bauan wangi, pewangi bilik ini amat penting untuk bilik di asrama. Pewangi ini bukan sahaja boleh diletak di dalam bilik, tetapi boleh juga letak di dalam locker. Namun, anda perlu minta kebenaran housemate juga ya sebab ada sesetengah orang tidak tahan dengan bau wangi yang terlalu kuat.

3. Ice Thermos Tumbler

Image via Shopee

Semua orang tahu kemudahan peti ais tidak disediakan di asrama. Jadi, sukar untuk anda jika tiba-tiba teringin untuk minuman sejuk. Oleh itu, anda perlu ada ice thermos tumbler kerana ais dapat bertahan lama jika menggunakan tumbler yang dikhaskan untuk ais sahaja. 

4. Water Pump Dispenser

Image via Shopee

Apabila sebut tentang air minuman, mesti anda akan rasa susah untuk mengangkat air yang bersaiz 5 liter. Tapi kalau mahu beli air minuman yang bersaiz kecil, rasa macam membazir pula bukan? Water pump dispenser ini dapat memudahkan kerana anda tidak perlu angkat dan hanya tekan sahaja.

5. USB Folding Fan

Image via Shopee

Semua orang tidak akan lari dengan masalah bilik panas. Bilik itu bukan tiada kipas tetapi disebabkan kepadatan bilik yang menjadi punca bilik itu bahang dan panas. Oleh itu, USB folding fan ini perlu ada di bilik anda untuk membuatkan bilik anda sentiasa sejuk.

6. Cutlery Set

Image via Shopee

Cutlery set ini mungkin sudah ada di checklist anda. Tetapi, cutlery set yang berwarna atau customized ini dapat menghindari berlakunya kecurian. Iyalah, jika sudu atau garfu anda hilang, senang untuk detect siapa si pencurinya.

7. Cushion Pillow Seat

Image via googleapis.com

Bagi anda yang sukakan keselesaan, mungkin barang ini yang anda perlu ada ketika di asrama. Hal ini kerana, kerusi di asrama tidaklah seempuk kerusi di rumah. Oleh itu, jika anda menggunakan kerusi bantal ini sebagai pelapik, ia dapat memberikan keselesaan ketika anda sedang belajar.

Sudah tahu barang 'extra' apa yang anda perlu bukan? Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada pelajar di luar sana!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: