"Nasib Ada Dashcam" - Cubaan Scammer Sengaja Langgar & Nak Tuntut Bayaran Ini Curi Tumpuan
On the spot suruh bayar ya?
Scammer adalah aktiviti penipuan yang dilakukan sesorang untuk menganiaya orang lain
Scammer ini dilakukan dengan pelbagai cara. Aktiviti yang seringkali kita dengar adalah seperti membuat panggilan palsu. Kononnya ada bayaran tertunggak dan perlu jelaskan dengan segera.
Selain daripada panggilan palsu, ada juga yang mencuba untuk scam dengan cara melanggar kenderaan dengan sengaja.
Seperti sebuah video yang tular baru-baru ini, apabila seorang lelaki bermotosikal menunjukkan taktik scammer dengan melanggar kereta. Namun, gagal disebabkan tuan kereta mempunyai dashcam telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Perlahan-lahan reverse motor sampai langgar bahagian depan kereta
Menerusi video berkenaan, kelihatan pemilik kenderaan menunjukkan rakaman seorang lelaki yang cuba melanggar keretanya di traffic light.
Pada awalnya, lelaki itu berada di sebelah kiri keretanya. Perlahan-lahan lelaki itu cuba mendekati bahagian depan kereta dan sengaja mengundurkan motosikalnya sehingga terkena kereta tersebut.
Sebaik sahaja motosikalnya terkena di bahagian depan kereta, lelaki itu terus turun dari motor dan meminta bayaran ganti rugi.
Tetapi cubaannya gagal, dek kerana mempunyai bukti kelakuannya dari rakaman dashcam.
"Itu sebabnya perlu ada dashcam. Kalau ada scammer cuba buat hal, tunjuk je kat dia dashcam. Confirm terdiam" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 31.M views, 153.2K likes dan 4,200 comments di TikTok. Rata-rata netizen turut memberi pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!