seismik

Tetap Tunaikan Yang Wajib, Penumpang Solat Berjemaah Di Dalam Train Ini Dipuji Ramai

Kagum tengok!

Cover image via @bentengsejagat (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Buat seluruh umat Islam, solat lima waktu adalah perkara yang wajib ditunaikan

Bagi umat Islam, ia adalah salah satu tiang agama. Sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk menunaikannya walau di mana pun kita berada.

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman sosial TikTok apabila seorang penumpang train komuter berkongsi momen ketika penumpang lelaki berjemaah telah meraih perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@bentengsejagat

Solat Subuh dalam train komuter. Butterworth - Padang Besar. Situasi ini setiap pagi, bagi mereka yang ulang alik Kerja dengan menggunakan KTM Komuter ini.

original sound - Founder Misi

Solat Subuh berjemaah sebab train komuter dari Butterworth ke Padang Besar

Menerusi video berkenaan, kelihatan dia menunjukkan situasi ketika para penumpang lelaki muslim berjemaah untuk menunaikan solat Subuh.

Momen itu rata-rata membuatkan ramai terharu dek kerana walaupun di dalam train tetapi mereka tetap tidak melupakan kewajiban mereka.

Malah, ada juga rata-rata warganet mencadangkan pihak komuter adakan suatu ruang khas atau sebuah cabin hanya untuk solat bagi memudahkan penumpang untuk menunaikan salah satu rukun Islam itu.

"My husband and ayah dah pernah merasa mcm ni. Alhamdullilah, sampai waktu solat auto semua keluarkan sejadah masing-masing. Dah tau rutin" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sebanyak 500.6K views, 39.7K likes dan 1,047 comments di TikTok. Rata-rata warganet memuji tindakan para penumpang itu dan memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Alhamdulillah, penumpang yang lain pun bagi kerjasama baik juga :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: