[VIDEO] "Camera 360" - Rider Grab Letak Kamera Di Helmet Ini Jadi Perbualan Warganet
Bukan satu, tapi empat kamera dia pasang.
Seringkali kita mendengar tentang kemalangan yang melibatkan rider bukan?
Jika ada kemalangan yang melibatkan rider, sukar untuk mendapatkan bahan bukti. Malah memerlukan mana-mana dash cam kereta yang lalu di tempat kejadian.
Oleh itu, sebenarnya penting untuk meletakkan dash cam, bukan hanya di kereta saja tetapi motosikal juga penting.
Baru-baru ini, tular sebuah video di laman sosial TikTok apabila seorang lelaki meletakkan dash cam di helmetnya dengan empat kamera telah meraih perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Letak kamera untuk dapatkan view 360 darjah
Menerusi video berkenaan, dia menunjukkan rakaman ketika seorang rider lalu berhampiran dengan keretanya.
Apa yang menghiburkan adalah apabila dia meletakkan empat kamera di atas helmetnya.
Situasi itu telah menjadi perbualan warganet. Malah, mereka juga beranggapan rider itu letak kamera sedemikian untuk memastikan perjalanannya dirakam dan mempunyai bukti jika berlakunya kemalangan.
"Orang yang sangat bijak! Kalau jadi apa-apa, senang sebab dah ada bukti" - Warganet
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 204.1K views, 13.9K likes dan 374 comments di TikTok. Rata-rata warganet terhibur dan memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!