seismik

[VIDEO] Isteri Selamba Jawab Sokong Manchester United Untuk World Cup Ini Bikin Tawa Ramai

Eh, lain tu kak.

Cover image via @paanmzln (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum sedia maklum, tidak lama lagi akan berlangsungnya Piala Dunia FIFA Qatar 2022

Buat para peminat bola sepak, pastinya akan ternanti-nanti saat ini. Malah, mereka juga pasti inginkan pasukan yang diminati mereka menjuarai FIFA World Cup Qatar 2022.

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman sosial apabila seorang wanita dengan yakinnya memberitahu pasukan mana yang akan dia sokong bagi Piala Dunia. Namun, jawapannya itu telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@paanmzln Sebenarnya dia tau je World Cup, dia sokong JDT.. #paansem #fyp TT - TWICE

Bila ditanya sokong pasukan mana, selamba dia jawab Manchester United

Menerusi video yang dimuat naik oleh @paanmzln, kelihatan dia dan isterinya sedang makan di sebuah restoran. 

Disebabkan dia terlihat pameran mengenai Piala Dunia Qatar 2022, langsung dia bertanya kepada si isteri tentang pasukan apa yang disokongnya. 

Si isteri pula dengan penuh yakin menjawab dia menyokong pasukan Manchester United itu yang membuatkan ramai terhibur.

"Cakaplah betul-betul, MU tak masuk sebab kalah ke? Dah tu siapa yang menang pulak, Chelsea?", tanya si isteri.

"Hari tu layan Euro kat rumah, then adik aku cakap mana Brazil. Lepas tu aku off tv and terus lepak kat mamak" - Warganet

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 909K views, 112.3K likes dan 1,908 comments di TikTok. Rata-rata warganet terhibur melihat gelagat pasangan suami isteri itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Boleh lah tu kak, yang penting confident bila jawab :P

Image via Giphy

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: