"Bila Bini Beletiaq" - Lelaki Kongsi Ragam Isteri Nak Keluar Rumah Ini Buat Ramai Terhibur
Kucing pun kena marah sekali.
Wanita seringkali dikaitkan dengan perangai kuat membebel bukan?
Lebih-lebih lagi, apabila wanita yang sudah berumah tangga. Mereka ini akan ada sahaja point untuk membebel. Mula sahaja bebelan mereka, pasti orang sekeliling yang tidak bersalah turut terkena tempiasnya.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini, apabila lelaki ini berkongsi ketika isterinya mula membebel telah mengundang tawa ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Marah dekat suami tapi lepaskan geram dekat kucing
Menerusi video yang dimuat naik oleh @fayizz93, kelihatan dia dan isterinya sedang bersiap-siap untuk keluar.
Disebabkan si suami tidak membantunya menguruskan perihal rumah, si isteri mula membebel sehingga kucing peliharaan mereka turut terkena tempiasnya.
Serba serbi semuanya tak kena pada pandangan mata si isteri sehingga membuatkan dia tidak berhenti membebel.
"You ni duduk saja ja dekat depan, yang you tau duk record record, itulah kerja you herh," katanya.
"Sama dengan bebelan saya. Benda yang wife cakap tu betul. Tolong lah sekali apa yang patut, kesian dia kena fikir semua benda sebelum keluar rumah" - Netizen
Menjengah ke ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat telatah si isteri mengomel. Malah mereka turut berkongsi pengalaman mereka.
Susulan tularnya video tersebut, kini video berkenaan telah mencecah sebanyak 5.8M views, 400.4K likes dan 12.3K comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!