"Bosan Tunggu" - Gadis Susun Tauhu Berselerak Di Pasar Raya Ini Curi Tumpuan Ramai
Alahai, rajin pula dia tolong susun.
Sedar ataupun tidak, kita semua pasti akan ada satu tabiat pelik bukan?
Pelik itu bukanlah bermakna melakukan perkara yang tidak masuk dek akal. Tetapi mungkin sebagai contoh ada tabiat suka mengunyah ais, ketagih beli mainan antik dan sebagainya.
Ia seolah-olah ketagih untuk melakukan perkara tersebut sampaikan tidak sedar suka melakukan tabiat sedemikian.
Baru-baru ini, tular sebuah video di laman sosial TikTok apabila seorang remaja perempuan fokus menyusun semula tauhu mengikut kedudukannya telah mengundang tawa ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Lama tunggu parents, sempat susun tauhu yang berselerak
Menerusi video berkenaan, kelihatan dia sedang khusyuk menyusun tauhu-tauhu yang berselerak di sebuah pasar raya.
Akibat lama menunggu keluarganya yang sedang membeli-belah, dia terus menyusun kesemua tauhu tersebut bagi menghilangkan rasa bosan menunggu.
Segelintir warganet ada berkata, kemungkinan dia mempunyai penyakit Obessive-Compulsive Disorder (OCD). Tetapi di ruangan komennya, dia berkata bahawa dia tidak ada penyakit itu dan hanya suka-suka susun tauhu itu.
"Weh, aku ingat aku sorang je buat macam ni haha. Pantanglah nampak benda tak tersusun" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sebanyak 1.1M views, 110.1K likes dan 1,067 comments di TikTok. Rata-rata warganet terhibur melihat gelagatnya yang fokus menyusun kesemua tauhu itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!