seismik

[VIDEO] "Sempoi" - Pak Cik Selamba Ambil Gambar Ketika Live Ini Buat Ramai Terhibur

Khusyuk pula pak cik ambil gambar.

Cover image via @adzimmohdrafi (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, sering kali kita lihat beberapa video mengenai gelagat ketika wartawan sedang bersiaran langsung

Iyalah, bila nampak saja ada cameraman terus kita berlakon, konon-kononnya membuat sesuatu di belakang wartawan dan sebagainya.

Orang kata, sebab nak masuk TV punya hal, jadinya buat-buatlah berlakon di belakang wartawan. Tetapi ada juga gelagat yang dirakam secara spontan.

Sama seperti sebuah video yang tular di laman sosial TikTok baru-baru ini, apabila seorang lelaki mengambil gambar ketika wartawan sedang bersiaran langsung telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tengah berjalan, ternampak wartawan terus ambil gambar

Menerusi video berkenaan, kelihatan dia menunjukkan gelagat seorang pak cik mengambil gambar ketika wartawan sedang bersiaran langsung.

Pada awalnya dia hanya berjalan dan melihat sahaja. Tetapi selepas itu dia terus mengambil gambar wartawan itu ketika sedang bersiaran langsung.

Ramai warganet sedar akan gelagat pak cik itu. Malah, ada yang berkata dia sempat membuat peace ketika siaran itu berlangsung.

Lihat hasil gambar yang diambil oleh pak cik itu di bawah:

@naddymohd Replying to @naddymohd Laughing Hard - Tik Tok

"Dah agak, mesti ada yang record sebab ada perasan juga tadi. Comellah pak cik tu" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sebanyak 559.6K views, 4.4K likes dan 2,651 comments di TikTok. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat pak cik itu. Malah mereka juga sudah menjangka gelagat pak cik itu akan dirakam dan menjadi viral.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Cameraman tu pun mesti tengah tahan gelak :P

Image via Giphy

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: