seismik

[VIDEO] Lelaki Kongsi Kedudukan Traffic Light Menghala Ke Bawah Ini Bikin Tawa Ramai

Traffic light merajuk?

Cover image via @afiqazuwan (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Semua orang sedia maklum, lampu isyarat berfungsi untuk memberi isyarat kepada pengguna jalan raya

Sistem lampu isyarat ini adalah sebagai pemberi isyarat kepada pemandu yang ditempatkan khusus di persimpangan jalan, lintasan penjalan kaki atau tempat yang menunjukkan pergerakan khusus bagi setiap pengguna jalan raya dengan masa yang ditetapkan.

Lain pula dengan sebuah video yang tular di laman sosial TikTok baru-baru ini, apabila seorang lelaki menunjukkan kedudukan lampu isyarat yang menghala ke bawah telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Siap jenguk kepala sebab tak nampak warna lampu isyarat

Menerusi video yang di muat naik oleh @afiqazuwan, kelihatan dia berada di simpang jalan di Sungai Petani, Kedah.

Apa yang menarik perhatiannya adalah, apabila dia melihat kedudukan lampu isyarat yang dipasang menghala ke bawah itu membuatkan dia berasa pelik.

Sepatutnya lampu isyarat itu kedudukannya harus menghala ke depan bagi memudahkan pengguna nampak isyarat warna yang diberikan. Tetapi, di simpang jalan itu lain pula kedudukannya.

"Sedihlah, traffic light tala kat situ sapa nak tengok!", katanya.

"Lampu isyarat pun reti penat nohh. Dok tegak hari-hari bukan orang nak bayar pun haha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 592.4K views, 59.2K likes dan 1,670 comments di TikTok. Rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Traffic Light tu baru lepas broken mungkin? Itu dia merajuk ke bawah :P

Image via Giphy

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: