Baru Jalan Terus Rasa Sakit, Gelagat Lelaki Cuba Catwalk Pakai Heels Ini Bikin Dekah Ramai
Heels berapa inch tu bang?
Semua orang pasti pernah dengar ayat beauty is pain bukan?
Bagi wanita, beauty is pain amat sinonim dengan mereka. Iyalah, apa-apa sahaja kecantikan yang diinginkan perlu harungi beberapa kesakitan terlebih dahulu.
Sebagai contoh ingin kuruskan badan, mesti akan hadapi liku-liku proses semasa kurskan badan untuk tampil cantik dan sihat.
Tular sebuah video di laman sosial TikTok baru-baru ini, apabila seorang lelaki cuba catwalk dengan memakai heels ini telah mengundang tawa ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tak sampai beberapa saat, pinggang terus rasa sakit
Menerusi video berkenaan, kelihatan lelaki itu mencuba memakai kasut tinggi sambil berjalan seperti catwalk.
Pada awalnya, dia boleh berjalan siap lentokkan badannya persis seperti ala-ala model di fashion show. Tetapi tidak sampai beberapa saat, kakinya rasa sakit ketika berjalan.
Di ruangan kapsyennya, dia juga hairan bagaimana wanita-wanita di luar sana boleh memakai kasut setinggi itu. Dia yang baru sahaja mencuba terus rasa sakit, apatah lagi wanita yang setiap hari memakainya.
"Hebat kau bang haha. Lentok elok kau catwalk. I yang gegirl ni pun gagal catwalk macam tu" - Warganet
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 990.8K views, 56.2K likes dan 1,530 comments di TikTok. Rata-rata warganet turut terhibur melihat gaya lelaki itu berjalan.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!