#AJL39: Tiada Tambahan Finalis, 10 Lagu Kekal Berentap Merebut Gelaran Juara Lagu
Naz Rahman & Sissy Imann akan berganding sebagai hos AJL 39.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Khabar angin yang mengatakan tambahan dua ‘wild card’ bakal berentap di pentas AJL ke-39 akhirnya terjawab
Pengurus Projek AJL ke-39, Russell Mark Rodrigues menafikan penambahan dua finalis di pentas AJL kali ini dengan memberi penjelasan grafik bayangan dua orang pada poster promosi sebenarnya menggambarkan penaja rasmi.
"Saya percaya ramai tertanya-tanya siapakah individu di sebalik gambar silhouette terpapar di poster dan iklan AJL 39.
"Saya ingin menjelaskan dua individu terbabit adalah penaja utama AJL 39 iaitu JardinPeau yang diwakili Ketua Pegawai Sumber Manusia, Raja Nur Amirah Raja Ahakdar dan duta jenama berkenaan Datuk Aaron Aziz," katanya.
Image via SAYS Seismik
Sissy Imann dan Naz Rahman berganding menjadi hos pada malam kemuncak AJL ke-39
Penantian ramai untuk mengetahui siapakah hos juga akhirnya terjawab apabila Naz Rahman dan Sissy Imann diumumkan sebagai hos pentas AJL ke-39 manakala hos bagi acara karpet merah pula bakal menampilkan gandingan Fikry Ibrahim dan Malia Baby.
Sepuluh lagu yang bakal berentap di pentas AJL adalah seperti berikut:
1. Diam- Hael
2. Puas Sudah -Aina Abdul
3. Hening Rindu- Marsha
4. Aura – Ernie
5. Terus Bersinar – Hafiz Suip
6. Pujaanku – Masdo ft Aishah Aziz
7. Risiko- Benzoloo, Tuju & MK K-Clique
8. Sengaja – Amir Masdi
9. Saksama- Akim & The Majistret
10. Bukan Lagi Kita – Nadeera
Image via TV3 Malaysia
AJL 39 akan disiarkan secara langsung TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada 16 Februari
Orang ramai kini boleh mendapatkan tiket AJL 39 melalui laman web www.wowtix.com.my.
Pentas akhir Anugerah Juara Lagu 39 juga akan disiarkan secara strim HD di www.tonton.com.my
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment