Akaun X SPR Dan KWSP Dilaporkan Telah Digodam Untuk Promosi Token 'Solana'
Namun, difahamkan kesemua akaun tersebut kini telah kembali kepada asal.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Malam tadi, beberapa akaun X telah digodam untuk mempromosikan token SOL oleh platform 'blockchain' Solana
Antara akaun penting yang turut digodam adalah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Difahamkan ia bertujuan untuk mempromosi token $HACKED oleh Solana, iaitu sebuah platform 'blockchain' yang menggunakan mata wang kripto dinamakan SOL.
Tiada pihak dapat memastikan berapa banyak wang yang penggodam berjaya peroleh
Menurut BleepingComputer, token tersebut mempunyai 42 pemegang dengan modal pasaran kira-kira $5,000 ketika mereka menyedari godaman tersebut dilakukan.
Token itu kemudiannya telah mempunyai 436 pemegang dengan modal pasaran meningkat kepada $166,175.57, ketika artikelnya ditulis.
Penyiasat kripto ZachXBT pula berkata penggodam mungkin berjaya mendapatkan anggaran $8,000 dalam operasi godamannya walaupun skala serangan agak besar.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment