Cincin Tersangkut Di Kemaluan, Hospital Terpaksa Call Bomba Untuk Tolong Lelaki 37 Tahun
Macam mana boleh tersangkut dekat situ hmm.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, seorang lelaki dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh, Perak gara-gara cincin besi tersangkut pada alat sulitnya
Menurut laporan Berita Harian, pihak hospital terpaksa menghubungi bomba bagi mengeluarkan cincin tersebut.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, Azman Hussin berkata, panggilan diterima daripada pihak hospital pada jam 9.14 pagi sewaktu pihak hospital sedang berusaha mengeluarkan cincin dari kemaluan lelaki berusia 37 tahun berkenaan.
Menurutnya, operasi yang berlangsung di Unit Kecemasan HRPB itu mengambil masa 15 minit kerana mengalami sedikit kesukaran.
"Panggilan khidmat khas bantuan itu diterima daripada pihak HRPB bagi memotong cincin pada alat sulit lelaki itu. Setiba di lokasi didapati seorang lelaki tersangkut cincin besi pada kemaluannya.
"Bomba mengambil masa 15 minit untuk memotong cincin itu menggunakan peralatan khas kerana besinya agak tebal," katanya.
Terdahulu, tindakan seorang lelaki berusia 37 tahun menyarungkan cincin pada kemaluannya mengundang padah apabila aksesori tersebut tidak dapat ditanggalkan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!