seismik

Isu Kantin Dewan Makan MRSM Kotor, Dr Asyraf Wajdi Segera Tamatkan Perkhidmatan Kontraktor

"Saya tidak akan kompromi" - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Cover image via @drasyrafwajdi (X)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Beberapa hari lepas, tular mengenai isu kantin Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Taiping yang dikatakan tidak menjaga kebersihan sehingga menyebabkan keracunan makanan kepada pelajar

Perkara itu mendapat perhatian Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki ketika membuat lawatan mengejut ke maktab tersebut setelah menerima laporan mengenai pelajar yang mengalami keracunan makanan.

Selain tidak menjaga kebersihan kantin, kontraktor bertugas turut dikatakan tidak mematuhi menu yang telah ditetapkan oleh pihak asrama.

Dalam satu video yang tular di TikTok dengan lebih 4.9 juta tontonan, Dr Asyraf telah menghubungi kontraktor yang bertanggungjawab mengelola dewan makan iaitu seorang wanita dikenali sebagai Puan Mira.

Namun, Puan Mira dilihat tidak profesional dan memberikan jawapan sarkastik sehingga mencetuskan kecaman netizen.

Tidak kira ada kabel besar atau pangkat, Dr Asyraf nekad tamatkan perkhidmatan kontraktor

Menerusi sebuah sidang media selepas isu tersebut tular, Dr Asyraf menegaskan bahawa beliau tetap akan mengambil tindakan kerana ia melibatkan keselamatan dan nyawa pelajar.

"Saya tidak peduli kabel sebesar mana sekalipun, kalau melibatkan soal keselamatan dan kesihatan anak-anak pelajar MRSM, tindakan tegas akan diambil. Saya telah mengarahkan Bahagian Undang-undang MARA untuk segera ambil tindakan menamatkan perkhidmatan Kontraktor Dewan Selera MRSM Taiping dan mengambil tindakan undang-undang termasuk saman terhadapnya," katanya.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: