Akibat Masalah Keluarga, Individu Cuba Terjun Dari Tingkat 6 Tempat Parkir
Difahamkan, kejadian itu berlaku di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tular sebuah video di laman X baru-baru ini yang memaparkan seorang lelaki cuba terjun dari kawasan parkir di sebuah pusat beli-belah Setia Alam
Tindakan itu berpunca daripada masalah keluarga yang dialami. Mangsa yang cuba terjun dari tingkat 6 kawasan parkir itu berusia 26 tahun.
Menerusi video yang tersebar, lelaki berkenaan duduk sambil memegang telefon bimbit seolah-olah sedang bercakap dengan seseorang.
Image via X
Mangsa berjaya diselamatkan oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)
Menurut sumber, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan pihaknya mendapati lelaki tempatan itu cuba terjun dipercayai akibat masalah keluarga.
“Namun, mangsa diselamatkan seorang anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang kebetulan berada lokasi kejadian.
“Lelaki itu kemudian diserahkan kepada Pondok Polis Setia Alam dan berada dalam keadaan baik,” katanya.
Siasatan lanjut kemudian mendapati lelaki itu mengalami masalah kesihatan mental dan menerima rawatan di Hospital Serdang.
Waris iaitu bapa saudara mangsa telah dihubungi untuk tindakan selanjutnya. Mangsa dipercayai bukan tinggal di Setia Alam.
Image via X
Meminta pertolongan bukanlah tanda lemah.
Jika anda atau sesiapa yang dikenali merasa kesepian, tertekan, atau mempunyai pemikiran negatif, sila hubungi talian bantuan seperti berikut:
1. BEFRIENDERS KL
24 jam
Talian: +603-76272929
E-mel: sam@befrienders.org.my
Laman web | Facebook | Twitter
2. TALIAN KASIH
24 jam
Talian: 15999
WhatsApp: +6019-2615999
E-mel: taliannur@kpwkm.gov.my
Laman web | Facebook
3. BUDDY BEAR CHILDLINE
Setiap hari (12pm - 12am)
Talian: 1800-18-2327
E-mel: buddybear@humankind.my
Facebook | Instagram
Untuk info lebih lanjut, layari laman web Malaysian Mental Health Association atau MINDAKAMI.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment