Gara-Gara Seekor Kucing, Botol Kaca Jatuh Sehingga Bahan Kimia Tumpah Ini Jadi Perhatian
Nak marah tapi kena sabar.
Kucing merupakan haiwan yang digemari dan dimiliki ramai
Tidak dinafikan, kucing memang banyak perangai dan telatahnya yang menggeramkan si tuan. Baru-baru ini, tular sebuah berita yang memaparkan seekor kucing tidak sengaja menumpahkan botol berisi kimia telah mencuri tumpuan.
Pasukan bomba dipanggil untuk membersihkan bilik makmal di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pulau Pinang, Persiaran Tunku Kudin.
Difahamkan, pembantu makmal yang memaklumkan kejadian itu kepada pasukan bomba.
Lihat gambar itu di bawah:
Image via Berita Harian
Tiada pelajar yang cedera kerana kelas sudah habis ketika itu
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Fauzian Izzuan Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.48 petang.
Katanya lagi, seramai 16 anggota termasuk Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) dari BBP Bayan Baru ke tempat kejadian.
"Sebaik tiba di lokasi, didapati berlaku tumpahan bahan kimia dari botol yang pecah dalam bilik makmal itu yang membabitkan 10 botol bahan kimia Sodium Dihydrogen yang keseluruhannya 500 mililiter (ml)"
"Pasukan bomba melakukan proses nyah cemar sebelum memastikan keadaan bilik makmal benar-benar selamat,"
"Operasi tamat pada 6.47 petang," katanya.
Biasa lah kucing tak pernah tak buat hal :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment