Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Akta 852 Kawalan Produk & Larangan Merokok Termasuk Vape Berkuat Kuasa Mulai Hari Ini

Ia merangkumi peraturan pendaftaran, penjualan, pembungkusan, pelabelan dan larangan merokok di tempat awam.

Cover image via Klik Dokter HAYPP

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) merangkumi peraturan pendaftaran, penjualan, pembungkusan, pelabelan dan larangan merokok di tempat awam, mula berkuat kuasa hari ini

Menerusi posting yang dimuat naik oleh Kementerian Kesihatan (KKM) di media sosial, peraturan dan perintah yang bakal dikuatkuasakan itu TERMASUK rokok elektronik.

Pada mulanya, Akta 852 diwartakan pada Februari lalu yang diumumkan akan dilaksanakan pada Jun dan kemudiannya ditangguhkan pada Ogos.

Image via @KKMPutrajaya (X)

Menurut sumber, sebelum ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, langkah KKM mewartakan Akta 852 bermula 2 Februari lalu adalah sejajar usaha untuk mengekang penggunaan produk tembakau serta mengurangkan kemudaratan akibat merokok dan penggunaan lain-lain produk tembakau termasuk rokok elektronik atau vape.

Tambah beliau, kajian Global Adult Tobacco Survey (GATS) Malaysia 2023 menunjukkan peningkatan peratus pengguna rokok elektronik atau vape yang amat ketara terutama dalam kalangan orang dewasa yang berusia kurang 50 tahun, sangat membimbangkan dan memerlukan tindakan yang tuntas.

GATS 2023 diterbitkan Institut Kesihatan Umum, Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat.

Dapatan utama GATS 2023 yang dikeluarkan pada Jun lalu mendapati prevalens pengguna rokok elektronik semasa meningkat secara drastik daripada 0.8 peratus pada 2011 kepada 5.8 peratus pada 2023.

Malah, prevalens pengguna rokok elektronik dalam kalangan perokok berusia 15 hingga 24 tahun meningkat kepada 8.6 peratus pada 2023 berbanding 1.1 peratus pada 2011, menurut GATS 2023.

Selain itu, GATS 2023 turut mendedahkan prevalens dwipengguna iaitu tembakau dan rokok elektronik meningkat daripada 0.8 peratus pada 2011 kepada 3.9 peratus pada 2023.

Sebelum ini, Kementerian dikritik kerana tanpa penguatkuasaan Akta 852, peraturan untuk mengharamkan penjualan vape kepada kanak-kanak tidak dapat dikuatkuasakan.

Ia berlaku selepas perintah untuk mengeluarkan nikotin yang digunakan dalam vape dan rokok elektronik daripada senarai bahan terhad di bawah Akta Racun.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Business Today

Akta 852 dijangka dikuatkuasakan dengan mengenakan syarat lebih ketat terhadap peniaga rokok dan vape termasuk larangan mempamerkan produk tersebut secara terbuka di premis perniagaan.

Akta tersebut juga menggariskan larangan penjualan rokok dan vape melalui dalam talian ke atas semua platform bagi mengelakkan ia dibeli oleh Orang Belum Dewasa (OBD) iaitu individu berusia di bawah 18 tahun.

Sementara itu, produk rokok dan vape juga dilarang dijual melalui mesin vending dan tidak boleh dijual di kawasan institusi pendidikan atau institusi pengajian tinggi (IPT).

Produk rokok dan vape juga dilarang dijual di pasar jualan atau mana-mana pasar jualan bersifat sementara seperti Uptown, Downtown, pasar malam dan sebagainya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Apa itu Akta 852?

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengan kawalan penjualan dan pembelian produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau dan peranti merokok, demi kesihatan awam untuk melahirkan suatu generasi baharu yang bebas daripada pengaruh apa-apa produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau dan peranti merokok, dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengannya.

"Bahan merokok" ertinya apa-apa bahan atau secara gabungan bahan yang mengandungi propylene glycol, glycerol atau triethylene glycol bagi maksud merokok.

Apa erti merokok?

'Merokok' ertinya menyedut dan menghembus asap atau wap, apa-apa produk tembakau atau produk pengganti tembakau, dan termasuklah memegang atau mempunyai kawalan ke atas apa-apa produk tembakau atau produk pengganti tembakau yang dinyalakan, dipanaskan atau diwapkan atau menggunakan apa-apa cara lain.

'Pegawai diberi kuasa' ertinya mana-mana pegawai perubatan kesihatan, atau mana-mana pegawai kesihatan persekitaran atau penolong pegawai kesihatan persekitaran daripada Kementerian Kesihatan atau mana-mana pihak berkuasa tempatan, atau mana-mana orang berkelayakan yang sesuai, yang dilantik oleh Menteri menjadi pegawai diberi kuasa di bawah seksyen 26.

Larangan pengiklanan produk tembakau

Tiada seorang pun boleh menerbitkan atau memudahkan mana-mana orang untuk menerbitkan apa-apa iklan suatu produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau.

Larangan penjualan produk tembakau

Tiada seorang pun boleh menjual atau mempamer bagi penjualan apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau melainkan jika jualan atau pameran bagi penjualan itu mematuhi kehendak sebagaimana yang ditetapkan.

Larangan merokok produk pengganti tembakau, dan sebagainya, bagi orang yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya

• Tiada seorang pun yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya—

(a) boleh merokok apa-apa produk pengganti tembakau; atau

(b) boleh menggunakan apa-apa peranti merokok dengan

apa-apa bahan merokok.

• Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit (RM500) atau diperintahkan untuk melaksanakan suatuperintah khidmat masyarakat menurut Kanun Tatacara Jenayah atau Akta Kanak-Kanak 2001.

Maklumat lanjut mengenai Akta 852 boleh dilihat di sini: https://www.parlimen.gov.my/files/billindex/pdf/2023/DR/DR%2025%20-%20BM...

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment