"Alahai Comel!" - Gelagat Ibu Teman Anak Jogging Siap Pegang Rotan Ini Buat Ramai Terhibur
Bagusnya mak dia supportive!
Sesiapa pun akan berasa sedikit down jika berat badan asyik naik dan susah nak turun betul tak?
Antara cara yang paling ramai guna untuk cepat kurus adalah dengan melakukan senaman atau joging. Ia bukan sahaja tidak memerlukan peralatan yang banyak, malah boleh dilakukan di mana-mana saja.
Bagi mereka yang inginkan gaya hidup sihat tetapi mempunyai perasaan malas untuk berjoging, pastinya sokongan daripada insan tersayang amat diperlukan.
Seperti sebuah video yang tular baru-baru ini memaparkan gelagat seorang mak cik menemani anaknya joging sambil menunggang motor telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video itu di bawah:
Ibu semangat teman anak joging, tapi rotan pula jadi perhatian ramai
Menerusi video yang dimuat naik oleh @farhinjeffry, kelihatan kanak-kanak lelaki berbaju biru itu sedang berjoging sambil ditemani oleh ibunya.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah ibunya dilihat menaiki motosikal sambil memegang sesuatu yang dipercayai rotan sedang mengekori kanak-kanak itu.
Difahamkan, wanita itu sedang memberi sokongan kepada anak lelakinya untuk berjoging bagi mengekalkan gaya hidup yang sihat.
"Semangat dik, hidup ini keras macam rotan yang mak kau bawa tu," tulis si perakam.
Image via @farhinjeffry (TikTok)
Image via @farhinjeffry (TikTok)
"Ingat mak aku pun kena buat gini la baru aku boleh kurus" - Warganet
Ikutan tularnya video tersebut, kini ia telah meraih 932.2K tontonan, 79.1K tanda suka serta 9.5K perkongsian di laman TikTok.
Manakala, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur dan kagum melihat cara wanita itu memberikan dorongan kepada anaknya yang berusaha untuk kurus.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Image via @farhinjeffry (TikTok)
Image via @farhinjeffry (TikTok)
Image via @farhinjeffry (TikTok)
Image via @farhinjeffry (TikTok)
Anak dan ibu sama-sama hebat! :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment