Aliff Aziz Mengaku Tak Puas Hati & Marah Punca Burukkan Bella
Akhirnya Aliff Aziz tampil bersuara.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Setelah sekian lama berdiam diri, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz tampil membuka mulut dalam satu temubual bersama podcast di Singapura
Menerusi video temubual berdurasi satu jam lebih itu, Aliff dilihat ditemu bual oleh tiga orang lelaki dalam podcast The Common Folks.
Apabila ditanya mengapa baru sekarang dia tampil bersuara, Aliff berkata dia sengaja berbuat demikian kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
"Selalunya orang yang bersalah akan menjadi yang terakhir untuk bersuara. Kalau saya terlebih dahulu bercakap dan saling berbalas-balas kenyataan, keadaan akan lebih bingit dan situasi bertambah huru-hara," katanya.
Image via TheCommonFolks SG (YouTube)
Mengaku marah dan tak puas hati terhadap Bella sampai sanggup mengaibkan isteri sendiri
Ekoran isu mengenai tindakannya memburukkan Bella sebelum ini, Aliff menjawab perbuatannya itu disebabkan perasaan amarah yang tidak dapat dikawal.
"Ia adalah satu kesilapan. Saya sangat menyesal kerana di penghujungnya, Bella tetap ibu kepada anak-anak saya. Tetapi, keadaan itu berlaku ketika saya dalam keadaan marah dan dikuasai dendam," katanya.
Namun, Aliff tidak dapat mengawal air matanya dan gagal untuk berkata-kata apabila ditanya apa yang ingin diluahkan kepada Bella sekiranya dia menonton podcast tersebut.
"I'm sorry," katanya.
Image via TheCommonFolks SG (YouTube)
Lihat video penuh temubual itu di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment