Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Aman Palestin Disyaki Seleweng Dana Awam RM70 Juta, 41 Akaun Kini Telah Dibekukan - SPRM

Premis Aman Palestin turut telah diserbu dan digeledah oleh pihak SPRM.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini telah membekukan 41 akaun dan beberapa entiti syarikat lain pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Aman Palestin berjumlah RM15,868,762 selepas didakwa menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai

Menerusi laporan Harian Metro, SPRM dalam kenyataannya hari ini menjelaskan, tindakan itu diambil selepas siasatan terhadap Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) dijalankan sejak 17 Oktober lalu.

"Sebelum ini, SPRM turut menggeledah premis Aman Palestin serta memperoleh dokumen berkaitan kewangan dan pengurusan operasi bagi tempoh lima tahun terdahulu.

"Siasatan berkenaan dijalankan bagi mendapatkan keterangan berhubung kesalahan mengikut Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) dan Kanun Keseksaan (Akta 574)," katanya dalam kenyataan hari ini.

SPRM menyerbu premis Aman Palestin untuk mendapatkan dokumen berkaitan kewangan dan pengurusan operasi sejak lima tahun lalu.

Image via BERNAMA

Penyelewengan dana dianggarkan berjumlah RM70 juta yang disalurkan disyaki telah digunakan bagi tujuan lain

SPRM turut merakam keterangan beberapa saksi penting dan hasil siasatan awal mengenal pasti beberapa isu membabitkan penyelewengan dana dianggarkan berjumlah RM70 juta yang disalurkan bagi tujuan selain daripada objektif penubuhan syarikat berkenaan.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, siasatan SPRM terhadap dakwaan salah guna kuasa oleh NGO yang mengutip wang derma untuk rakyat Palestin tertumpu kepada penelitian dokumen membabitkan dana wang itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata, ia tindakan di peringkat awal siasatan sebelum pihaknya memanggil individu yang terbabit bagi rakaman keterangan.

Sebelum ini, Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin menerusi surat bertarikh 24 Ogos lalu meminta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) agar tidak membenarkan kutipan Tabung Aman Palestin dilaksanakan di premis agama Islam di negeri itu.

Beliau menyatakan keraguan terhadap pengumpulan dan pengagihan dana oleh Aman Palestin dan menuntut lebih banyak ketelusan dalam perkara berkenaan.

Berikut adalah kenyataan rasmi penuh daripada pihak SPRM:

Terdahulu, Aman Palestin turut menjelaskan pihaknya menyalurkan bantuan secara terus kepada penduduk di Gaza dan Tebing Barat melalui pejabatnya di Palestin

Dalam sidang media yang diadakan 21 November lepas, Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin Awang Suffian Awang Piut berkata pejabat Aman Palestin di Gaza yang dibuka sejak 2009, berfungsi sebagai pusat pengumpulan barangan bantuan sebelum diagihkan kepada penerima.

"Kami menyalurkan bantuan secara terus kepada penduduk Palestin tanpa melalui Kedutaan Palestin di Malaysia, dan kami memastikan semua projek bantuan yang disalurkan mengikut prosedur operasi standard dan prosedur tertentu yang telah ditetapkan.

"Kami mempunyai pejabat sendiri di Palestin untuk membolehkan bantuan dihantar terus dengan lebih pantas ke Gaza, Tebing Barat dan kawasan-kawasan lain yang memerlukan," katanya dalam sidang media kepada Bernama.

Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin Berhad, Awang Suffian Awang Piut (dua, kiri), Peguam Aman Palestin, Muhammad Rafique Rashid Ali (dua, kanan) dan Pengurus Besar Pemasaran Aman Palestin, Muhd Farhan Muhd Fadhil (kanan).

Image via BERNAMA

Beliau berkata sejak penubuhannya pada 2006, Aman Palestin telah mengetuai lebih 56 misi kemanusiaan dan turun padang bagi menyalurkan bantuan di samping melawat tapak pembinaan projek atau program Aman Palestin yang masih berjalan di Palestin, Syria, Lubnan, Yaman, Turkiye, Bangladesh dan Indonesia.

"Kami juga pernah mengetuai sebuah misi sukarelawan ke Gaza disertai 121 orang pada 2012. Pada ketika itu sekatan sempadan tidaklah seketat hari ini.

"Kesemua sukarelawan terlibat dapat menjadi saksi penyaluran bantuan Aman Palestin seterusnya melihat sendiri kesengsaraan penduduk Palestin dengan harapan mereka dapat menyampaikan pengalaman tersebut kepada rakyat Malaysia setelah pulang ke tanah air," katanya.

Dalam pada itu, Awang Suffian turut melahirkan rasa kesal terhadap dakwaan bahawa pihaknya tidak menyalurkan wang sumbangan awam kepada Palestin kerana ia memberi persepsi buruk kepada pertubuhan itu.

Beliau berkata walaupun kenyataan media telah dibuat bagi menangkis setiap dakwaan namun isu-isu yang tular masih berlegar saban tahun bahkan disebarkan kembali setiap kali tercetusnya konflik di Palestin.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment